Pages

Tuesday 29 April 2014

Friday 28 March 2014

... m.u.h.a.s.a.b.a.h ...

#1
Lately, kau  tak banyak cakap. Ada masalah?”
“ Penat kerja. Pagi keluar rumah. Malam baru balik. Esok ulang rutin yang sama. Jeles aku ngan kau. Best kan time belajar? Kalau ada masalah, at least boleh ponteng kelas. Kalau dah kerja, jangan harap la. ”
“ Tak nafi la time belajar memang best. Enjoy dia macam heroin Hindustan guling-guling kat bukit masa tengah hangat bercinta.”
“ Weh, exaggerate sangat kot siap guling-guling. Haha. Dah masuk alam kerja ni, stress dia lain macam. Susahnya nak survive. Dengan boss, kawan kerja, due date. huh~  Susah nak hadam.”
“ Baru lagi kot. Lama-lama hadam la tu. Biasa la Allah nak cubit-cubit manja sekali-sekala. Mungkin dulu time belajar kau banyak ingat kat Allah. Sekarang time kerja kau kurang sikit. Kira peringatan la tu. Ke cemana?”
“ Pehh. Sentap den! Mungkin la. Sekarang ni solat pun hujung-hujung waktu. Al-Qur’an pun jarang-jarang dah nak buka. Banyak jugak lari track ni.”
“ Tak payah la nak cerita amal ibadat kau tu. Nanti muhasabah sendiri-sendiri kat rumah. Apa-apa yang jadi pada diri, kita balik pada Allah. Al-qur’an. As-sunnah. NOKTAH.”

#2
“ Selalu jogging sini kak?”
“ Sejak kahwin kali kedua ni, boleh kata hari-hari la datang sini.Jogging dengan encik suami.”
“???”
“ First marriage, gagal. Dia main kayu tiga. Lelaki, biasa la dik. Nampak yang cantik sempurna sikit, mula la nak paling arah. Fitrah lelaki agaknya kan?”
“ Dia main kayu golf ke cemana kak? Haha. Saya tengok akak cantik je. Macam remaja-remaji lagi. Cun!”
“ Tak kisah la kayu golf ke apa. Yang penting husband baru ni, perfect! Walaupun dia kudung sebelah tangan. Kadang-kadang, dalam ketidaksempurnaan manusia tu ada kesempurnaan.”
“ Alhamdulillah. Orang yang cantik macam akak ni pun lelaki gamak cari lain. Saya yang terlalu biasa-biasa ni macam mana la nanti kan?”
“ Akak mengaku la, perkahwinan sebelum ni salah akak juga. Akak terlalu pandang pada harta dengan rupa. Pengajaran sangat. Dik, pilih suami nanti kerana agama tau? Sebab kita nak hidup dengan akhlak dia. Bukan dengan rupa dia. Rasulullah pun pesan macam tu.”
“ insyaAllah. Setiap pesan Rasulullah tu bukan saja-saja. Mesti bersebab. Dalam hidup ni, apa-apa yang jadi mesti kena kembali pada AL-QUR’AN  dan AS-SUNNAH. Kan?”
“ Setuju. Dua tuju. Bertuju-tuju.”

#3
“ Agak-agak kau, bila kau nak kahwin?”
krik krik krik
“ aku dah agak jawapan dia mesti krik krik. Haha. Saja cuba nasib. Agak-agak kau, kenapa MH370 ubah arah penerbangan?”
“ sebab dia bosan kot ikut arah yang sama.”
“ Senget. Serius sikit boleh?”
“ orang yang tanya pun ntah apa-apa.  Macam mana nak serius. Soalan tu akan terjawab kalau aku pilot MH370.”
“ Haha. Betul juga tu. Aku sedih la dengan apa yang jadi. Musibah. “
“ Apa yang jadi ni, bukan musibah semata-mata untuk keluarga yang terlibat saja, boleh jadi teguran Allah untuk kita-kita juga. Muhasabah kawan. Apa-apa pun kembali  kepada AL-QUR’AN dan AS-SUNNAH.”
“Baik sayang!”
“OK. Itu geli.”


p/s: untuk setiap jalan takdir, cukuplah Allah bagimu!

Tuesday 19 November 2013

19 november 2013

andai ruangan ini diibaratkan seperti ladang,
pasti yang terlihatkan, hanya semak-samun.

andai ruangan ini diibaratkan seperti taman,
pasti yang tertinggal,hanya haruman bunga kering.

andai ruangan ini diibaratkan seperti rumah,
pasti yang ternampakkan,suram tiada terisi.

kesimpulannya ruangan ini hanya kosong.kosong.kosong ~ #najwa.latif

                        ***
kembali menyingkap kisah semalam. pada tujuan utama yang membawa kepada kewujudan ruangan ini.

Jawapan = blog : medan penambahbaikan dalam penulisan.

Status Blog = tak aktif

Tujuan = ke laut. nge~

                       ***
19 November 2011.

aidan & udin

persoalannya masih relevankah?

atau mahu sentiasa optimis ?

>> sejujurnya. perlu kata sepakat. 

                      ***
petikan kata-kata penulis syed Alwi al-Attas

"dalam bidang penulisan. perlu kesabaran. ada yang menulis, hampir beratus-ratus kali penulisannya ditolak. tetapi akhirnya mereka berjaya. jangan berputus asa"

tapi,kelihatannya seolah-olah sudah berputus asa. hurmm.

                      ***
ada 2 perkara hendak diberitahu. 

pertama :

setiap kali bertemu, lagaknya seolah-olah bersahaja. tetapi sebenarnya ada satu rasa yang luar biasa. tapi selalu takkan terungkap dengan kata-kata.

dari sudut hati, ada rasa bersalah yang tinggi. di atas ketidaklancaran blog ini. juga harapan membukukan penulisan bersama yang masih belum kesampaian. atau mungkin memang tidak kesampaian.#pesimis.

bila jumpa, niat utama hendak mengucap maaf. tetapi selalu tak terluahkan. rasa malu. rasa segan. mungkin sebab janji yang tak tertunai.

maafkan. jika maaf belum mampu diberi hari ini. mungkin esok. mungkin lusa. mungkin sebelum hari akhir tiba #mengharapsebuahkemaafan.

kedua :

ini soal peribadi. perlu pertemuan jasad. jika ada kelapangan, harap beritahu. melalui whatsapp/wechat.

                   ***
mabruk atas konvokasi. semoga sentiasa dalam jagaan dan rahmat Allah s.w.t.


- aidan.







          

REPOST : ANGIN DAN DEBU

CINTA adalah HIDUP
RINDU adalah MATI.

...
cinta itu bait-bait syair yang mengalir
rentaknya akur pada denyut hayat


adakalanya membuak dari luka pedih
amuknya menggempa pada bumi
memetir pada langit
hangat seperti lahar api
benderang seperti matahari.



rindu itu lukisan yang sudah kering tinta
melakar pada kanvas masa
renungan mata sedalam lautan

awan kelabu terus abadi memendam hujan
selama-lamanya kaku dan bisu
diam seperti gunung-ganang
dingin seperti cahaya bulan.



cinta tanpa rindu
padang pasir meribut tanpa wadi
rindu yang tidak pernah dikunjung cinta
adalah salji kutub utara
menanam kisah dari kurun berjuta


hidup jadi bererti
kerana adanya mati
cinta jadi manis dan wangi
diperam waktu
dalam tempayan rindu.



cinta memberi nadi
hingga lukisan mula menari

rindu memberi wajah
sampai syair terukir jadi potret indah


ketika tiba waktunya bertemu
kewujudan dua menjadi satu


bertukarlah mati menjadi angin
dan hidup menjadi debu



-lyssande.blogspot

Thursday 10 January 2013

cerita tanpa nama -3

Anak kecil dipangku di atas riba,
Comel telatahnya memikat ramai;
Rida’ yang ditempah sudah tiba,
Memang ‘pehh’ lah kalau along yang pakai.
Hehe =D
>>sms: Angah <<

Anak kecil bermain di tepi kolah,
Tiba-tiba diganggu sekumpulan kera;
Tak payah nak ‘pehh pehh’ sangat lah,
Sila pos kerumah dengan kadar segera.
>> sms:Along <<

Along, hujung minggu ni Angah balik. InsyaAllah Angah bawa balik rida’ Along tu sekali. Tolong bagitahu umi dengan walid, Angah bawa balik kawan. Pian dengan Majdi.
p/s: tolong kemaskan bilik Angah. He =)
>> sms:Angah <<

Banyak hensem la kau punya muka Angah suruh Along kemaskan bilik pula. Pukul berapa balik nanti? Nak Along jemput  kat pekan ke?
>> sms:Along <<

Hehe. Orang nak bagi pahala ni. Bukan selalu. Bila lagi nak manja-manja dengan Along. Eh, tak apa nanti Angah naik teksi sahaja dari pekan. Tapi kalau Along tolong ambilkan, Angah lebih berbesar hati. =)
>> sms:Angah <<

Geli ok nak manja-manja segala. Ala, berkias-kias pula. Kalau nak Along jemput cakap je lah.  Apa-apa nanti mesej semula ya. Along minta diri dulu. Ada hal. Jaga diri baik-baik. Assalamu’alaikum. =D
>> sms:Along <<


          Naufal berbalas mesej dengan adiknya sekadar di situ. Rasa sudah lama mereka tidak bersua muka. Rindu menjengah. Dahulu, Naufal dan Aiman ibarat belangkas. Eh, sekejap! Mereka bukan sepasang kekasih. Mereka adik-beradik kembar seiras yang baru belajar berjauhan . Naufal di Kelantan, Aiman di Selangor. Berpisah jarak bukan satu perkara senang bagi mereka. Tetapi masing-masing sudah besar. Sudah perlu menempuh jalan hidup sebenar. Jalan hidup untuk belajar berdikari. Tanpa umi dan walid. Tanpa keluarga terhampir. Kalau hidup tidak bergantung harap pada Allah, sudah lama mati katak agaknya. Mati dek kerinduan. Mati dek bersendirian.


“ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;  dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (sesama jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu(sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu dapat petunjuk hidayah-Nya”
Surah Ali Imran : 103

* rida’= sejenis selendang yang diletakkan di bahu. Merupakan pakaian sunnah Rasulullah s.a.w.

Monday 7 January 2013

cerita tanpa nama - 2

" Along dah juzu' berapa?"

" Baru juzu' 15. Mana boleh lawan adik Along ni. Tinggal 5 juzu' je lagi. Cemburunya. Muda-muda dah nak habis hafaz Qur'an."

" Muda lah sangat. Orang lain umur 15 dah habis hafaz. Murni ni, terkedek-kedek lagi nak habiskan. Entah lah Along, sempat ke tak Murni habiskan hafazan. Sakit makin teruk Hari-hari kena serang. Tak boleh dengar ayat Qur'an langsung dah sekarang."

" Apa Murni merepek ni? Pantang betul Along dengar orang cakap  macam tu. InsyaAllah, semua akan baik-baik sahaja. Murni cuma perlu kuat semangat.Along dah tanyakan ustaz dekat pondok Along. Gangguan ni sekejap sahaja. Murni cuma terkena tempias. Sihir yang dihantar tu bukan untuk Murni. Ni buku Ruqyah perubatan Islam. Ustaz Along kirimkan. Amalkan hari-hari. Jangan tinggal walaupun sehari. Murni kena kuat lawan  benda ni. Konsisten amalkan Ruqyah ni. Biiiznillah, lama-lama akan hilang. "

"Tapi Along, dengar ayat Qur'an sahaja Murni dah lemah. Apatah lagi kalau nak amalkan."

" Murni, salah satu punca jin tu makin membiak dalam badan sebab Murni tak cuba nak lawan. Murni tak boleh nak harapkan ustaz-ustaz tu sahaja ubatkan. Murni pun kena berusaha. Kalau Murni sekadar berserah, lagi seronok la jin-jin tu berpesta dalam badan Murni. Along nak Murni amalkan. Along cuti seminggu. InsyaAllah sepanjang minggu ni Along akan jaga dan ubatkan Murni. "

" Tapi..."

" Along yakin, adik Along tak cepat mengalah kan? Along nak Murni buktikan yang Murni mampu. Along taknak dengar alasan lain. Ruqyah tu kalau boleh hafal. Nanti senang nak amalkan kat mana-mana.Ingat Murni, tidak ada benda yang kekal dalam dunia ni melainkan Allah. Berdoa dan berusahalah.Tak ada orang yang mampu tolong Murni melainkan diri Murni sendiri."

" Murni cuba InsyaAllah. Terima kasih Along. Along doakan Murni cepat sembuh ya !"


" Maka sabitlah kebenaran (Mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, sambil berkata " kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, iaitu Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun."
Surah Al-a'raf : 118-122


Sunday 6 January 2013

cerita tanpa nama - 1


" Walid, kenapa kadang-kadang Allah uji perkara yang kita tak mampu lalui?"

Si bapa tersenyum. Tenang mendengarkan soalan puteri kesayangan.

" Murni,Allah s.w.t tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Allah Maha Penyayang. Yakinlah."

" Tapi walid, Murni tak mampu. Berat ujian kali ini. Murni sudah tiada daya."

Air mata Murni mengalir. Sedih mengenangkan nasib.
Walidnya meraut erat bahu Murni. Dilentokkan kepala Murni dibahunya lembut.

" Murni, pelajar yang berusia 12 tahun akan di uji mengikut tahap pemikiran mereka di usia tersebut. Mustahil pelajar UPSR akan ditanya dengan soalan pelajar SPM kan?  Itu sangat mustahil dan tak tercapai akal. Begitu juga Allah. Allah memberi ujian berdasarkan tahap iman hambaNya. Makin tinggi iman, makin berat ujian. Jadi, tidak ada istilah ujian tanpa kemampuan.Setiap ujian yang diturunkan, pasti dengan kemampuan hambaNya. Pasti ! Ujian itu terasa amat berat apabila kita gagal melaluinya dengan baik. Bersabarlah. Tenanglah. Berdoalah. Setiap ujian itu pasti ada jalan penyelesainnya."

" Tapi...Murni sudah tiada daya lagi walid. Murni tak mampu. Sampai bila Allah akan uji Murni dengan beban ini. Sekejap datang. Sekejap pergi. Murni teringin hendak pulih seperti sediakala. Lincah seperti dulu."

Laju air mata Murni mengalir.

" Allah itu Maha Kekal sifatnya. Manusia, jin dan seluruh isi alam ini akan musnah suatu hari nanti. Apa yang mereka lakukan terhadap Murni ini tidak lama. Permainan kotor manusia tidak akan pernah kekal. In sya Allah, lama-kelamaan mereka akan penat. Perantara jin yang mereka gunakan itu hanya kuasa pinjaman yang sifatnya tidak kekal. Malah kian luntur dengan ayat-ayat Allah. Yang penting, Murni kena kuatkan iman. Tingkatkan amal ibadah. Yakin dengan ayat-ayat Allah. Mungkin inilah cara Allah hendak mendekatkan Murni denganNya."

"Walid, Murni ini lemah kan? Sebab tu Murni kalah dengan benda-benda macam ni. Astaghfirullah. Rendahnya iman Murni. Rendahnya keyakinan Murni pada ayat-ayat Allah. Rendahnya amal ibadah Murni padaNya. Mungkin disebabkan kelemahan Murni, Allah uji dengan dugaan ini. Walid, sungguh Murni tiada daya. Murni penat."

Suasana suram. Hiba bertandang. Walidnya masih setia menenangkan Murni.

" Murni, kita punya Allah Yang Maha Besar. Lebih besar dari sebarang masalah yang kita lalui. Bergantung haraplah pada Allah. Yakinlah, di penghujung perjalanan semuanya akan baik-baik sahaja. Allah itu tidak zalim. Allah uji untuk tingkatkan darjat hambaNya. Untuk memperoleh mahligai yang indah tidak boleh dengan bajet seribu dua kan? Bajetnya perlu tinggi. Begitu juga dalam memiliki syurga Allah. Fahamilah, Allah takdirkan semua ini pasti bersebab."

" Tapi Walid...."

" Murni kena kuat. Walid tak pernah ajar anak-anak walid cepat patah semangat kan? Walid yakin Murni mampu lalui. Ingat tak dalam Surah Ali-Imran ayat 200, Allah s.w.t berfirman,

 'Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.'

Bersabarlah. Lalui semua ini dengan ikhlas. Murni tak nak ke jadi orang yang beruntung?"

" Mestilah nak walid. Siapa yang tak nak jadi hamba yang beruntung kan? Walid, andai dengan ujian ini Allah mentakdirkan Murni pergi dulu ke alam sana, Murni akan tunggu walid kat syurga ya. Murni sayang Walid."

Ayat terakhir Murni, membuatkan air mata walidnya menitis. Sayu !
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Hanya kata-kata semangat yang mampu si bapa berikan. Disamping doa yang berterusan.
Benar, dugaan itu berat untuk Murni. Terlalu berat !


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" 

Surah al-Ankabut :2-3




Tuesday 19 June 2012

...Maaf...



Maaf,
Ada janji yang masih belum terpatri.

sorry bro!
-sangat-sangat-

~  aidan, 200612 ~

Sunday 3 June 2012

... BEBAN ...



Melangkah ditengah kota
Sendiri-sendiri
Melihat karenah itu dan ini
Sesekali memandang wajah-wajah penghuninya
Merenung mata-mata redup mereka
Diri yakin,
Pasti mereka sedang memikul beban tersendiri
Beban yang tak mampu diungkap dengan kata-kata
Beban yang tak mampu diterjemah dengan mata pena
Beban yang tak mampu dilakar dengan tinta

Lalu,
Diri ini memilih untuk terus bersabar
Dengan segalanya yang terbeban pada diri
Walaupun sedar terkadang kudrat tidak mencukupi
Untuk mengharungi badai hidup ini

Allahu musta'an =')

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."
Surah ali-Imran 3:200

Ke arah menuju redhaNYA ^^
~ Aidan – 040612 ~


Friday 13 April 2012

..... Angin dan Debu.....

CINTA adalah HIDUP
RINDU adalah MATI.

...
cinta itu bait-bait syair yang mengalir
rentaknya akur pada denyut hayat


adakalanya membuak dari luka pedih
amuknya menggempa pada bumi
memetir pada langit
hangat seperti lahar api
benderang seperti matahari.



rindu itu lukisan yang sudah kering tinta
melakar pada kanvas masa
renungan mata sedalam lautan

awan kelabu terus abadi memendam hujan
selama-lamanya kaku dan bisu
diam seperti gunung-ganang
dingin seperti cahaya bulan.



cinta tanpa rindu
padang pasir meribut tanpa wadi
rindu yang tidak pernah dikunjung cinta
adalah salji kutub utara
menanam kisah dari kurun berjuta


hidup jadi bererti
kerana adanya mati
cinta jadi manis dan wangi
diperam waktu
dalam tempayan rindu.



cinta memberi nadi
hingga lukisan mula menari

rindu memberi wajah
sampai syair terukir jadi potret indah


ketika tiba waktunya bertemu
kewujudan dua menjadi satu


bertukarlah mati menjadi angin
dan hidup menjadi debu



-lyssande.blogspot

Saturday 19 November 2011

aidan & udin

 Soalnya, masih relevankah ? :)

Atau mahu sentiasa optimis? :)

Wednesday 17 August 2011

Monday 15 August 2011

Salah satu cabang dari rukun Iman ke-6




"Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir.."

Pembahagian Kumpulan

Al kisahnya fasi semua sekali ada 29 orang. Tapi, program ini berlansung di dua buah kampung secara serentak.

Jadinye, daripada 29 orang ni pun dibahagikanlah kepada dua kumpulan.

Saturday 13 August 2011

Of Kampung Kendaie, Lundu, Sarawak.

Pengalaman menjalankan program kemasyarakatan di kampung pedalaman Sarawak pada bulan lalu adalah satu pengalaman yang amat mengujakan dan dipenuhi dengan pelbagai kenangan manis.....