Wednesday, 15 June 2011
..Saat Perjalanan adalah Pencarian Diri..
..Selagi apa sahaja hidup bersama masa, selagi itu yang hidup itu dewasa bersama usia..Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman, dari zaman kanak-kanak ke bangku sekolah dan zaman remaja.
Thursday, 9 June 2011
...JAZMAN OH JAZMAN...
“Ustazah, Jazman hairan sangat, macam mana matahari boleh naik atas langit? Hari-hari Jazman tengok matahari naik perlahan-perlahan. Tapi sampai hari ini Jazman tidak nampak kaki matahari? Matahari ‘magic’ ya ustazah?”
Mendengar soalannya itu saya mengelamun seketika~“Patut la setiap kali waktu rehat Jazman suka keluar.Tengok matahari rupanya. Menyesal selalu marah-marah Jazman keluar dari dewan makan ketika waktu rehat.”
“ Eh. mana gigi depan Jazman? Ulat makan ya?” Saya mengusiknya sambil ketawa. Soalannya tidak terus dijawab.Sengaja mencari topik lain untuk memudahkan pemahamannya.
“Ala ustazah ni.. kenapa tanya gigi Jazman pula.Malu la!” Riak mukanya bertukar kemerah-merahan. Malu dengan soalan saya tadi. Mungkin isu gigi sangat sensitif bagi kanak-kanak.
Saya tidak menghiraukan malunya itu. Perbualan diteruskan. Masih lagi isu gigi.
“ Jazman perasan tak setiap hari gigi Jazman tumbuh sedikit demi sedikit?”
“ Mesti la perasan ustazah.”
“ Macam mana gigi Jazman boleh tumbuh jadi panjang ya? Hari-hari Jazman tarik gigi ya?”
“ Haha..Lawak la ustazah ni. Takkan la Jazman hendak tarik gigi kot? Dah Tuhan yang cipta gigi tumbuh hari-hari. Lama-lama mestilah panjang.” Jawabnya keanak-anakkan.
“ Macam itu la juga matahari. Tidak perlu guna kaki. Allah yang gerakkan matahari sedikit demi sedikit. Lama-lama matahari pun sampai atas langit.”
Suasana sunyi seketika. Minda anak murid saya ini seolah-olah memikirkan sesuatu. Mengkagumi Allah barangkali.
“Allah itu hebatkan ustazah?”
Tekaan saya tepat. Terpancar dari solannya. Mengkagumi ciptaan Allah.Namun soalannya tidak sempat dijawab. Perbualan kami terhenti. Ibunya sudah tiba menjemputnya pulang. Tangan saya disalam. Dikucup mesra.
“Jazman balik dulu ustazah. Assalamualaikum!”
~Hmm…rindu telatah Jazman=)~
-aidan-
Wednesday, 8 June 2011
...Comelnya Si Kecil itu...

Sesekali berjemaah di masjid ada baiknya.
Apatah lagi saat hati dan jiwa tidak tenteram.
Usai solat zohor berjemaah tadi, damai kembali menyinggah di jiwa.
Tenang semula.
Tambahan lagi disapa seorang anak kecil.
Minta didodoikan dan disuapkan susunya.
Manjanya dia dengan saya.
Anak seorang kakak warganegara Indonesia.
"Anak kakak ini memang manja dengan semua orang ya?"
..Usia itu mematangkan..


