Comel telatahnya memikat ramai;
Rida’ yang ditempah sudah tiba,
Memang ‘pehh’ lah kalau along yang pakai.
Hehe =D
>>sms: Angah <<
Anak kecil bermain di tepi kolah,
Tiba-tiba diganggu sekumpulan kera;
Tak payah nak ‘pehh pehh’ sangat lah,
Sila pos kerumah dengan kadar segera.
>> sms:Along <<
Along, hujung minggu ni Angah balik. InsyaAllah Angah bawa
balik rida’ Along tu sekali. Tolong bagitahu umi dengan walid, Angah
bawa balik kawan. Pian dengan Majdi.
p/s: tolong kemaskan bilik Angah. He =)
>> sms:Angah <<
Banyak hensem la kau punya muka Angah suruh Along
kemaskan bilik pula. Pukul berapa balik nanti? Nak Along jemput kat pekan ke?
>> sms:Along <<
Hehe. Orang nak bagi pahala ni. Bukan selalu. Bila lagi nak
manja-manja dengan Along. Eh, tak apa nanti Angah naik teksi sahaja dari pekan.
Tapi kalau Along tolong ambilkan, Angah lebih berbesar hati. =)
>> sms:Angah <<
Geli ok nak manja-manja segala. Ala, berkias-kias pula.
Kalau nak Along jemput cakap je lah.
Apa-apa nanti mesej semula ya. Along minta diri dulu. Ada hal. Jaga diri
baik-baik. Assalamu’alaikum. =D
>> sms:Along <<
Naufal berbalas mesej dengan adiknya sekadar di
situ. Rasa sudah lama mereka tidak bersua muka. Rindu menjengah. Dahulu, Naufal
dan Aiman ibarat belangkas. Eh, sekejap! Mereka bukan sepasang kekasih. Mereka
adik-beradik kembar seiras yang baru belajar berjauhan . Naufal di Kelantan,
Aiman di Selangor. Berpisah jarak bukan satu perkara senang bagi mereka. Tetapi
masing-masing sudah besar. Sudah perlu menempuh jalan hidup sebenar. Jalan hidup
untuk belajar berdikari. Tanpa umi dan walid. Tanpa keluarga terhampir. Kalau
hidup tidak bergantung harap pada Allah, sudah lama mati katak agaknya. Mati dek kerinduan. Mati dek bersendirian.
“ Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika
kamu bermusuh-musuhan (sesama jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara
hati kamu(sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu
dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu berada di
tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliyah), lalu Allah
selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah
Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu dapat petunjuk
hidayah-Nya”
Surah Ali Imran : 103
* rida’= sejenis selendang yang diletakkan di bahu.
Merupakan pakaian sunnah Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment