Pages

Saturday 19 November 2011

aidan & udin

 Soalnya, masih relevankah ? :)

Atau mahu sentiasa optimis? :)

Wednesday 17 August 2011

Monday 15 August 2011

Salah satu cabang dari rukun Iman ke-6




"Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir.."

Pembahagian Kumpulan

Al kisahnya fasi semua sekali ada 29 orang. Tapi, program ini berlansung di dua buah kampung secara serentak.

Jadinye, daripada 29 orang ni pun dibahagikanlah kepada dua kumpulan.

Saturday 13 August 2011

Of Kampung Kendaie, Lundu, Sarawak.

Pengalaman menjalankan program kemasyarakatan di kampung pedalaman Sarawak pada bulan lalu adalah satu pengalaman yang amat mengujakan dan dipenuhi dengan pelbagai kenangan manis.....



Friday 12 August 2011

...Suratan atau Kebetulan?...

Akhir-akhir ini saya sibuk sangat menelaah pelajaran. Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Dah macam nak muntah pun ada.Tapi demi adik-adik junior tercinta saya gagahkan juga. Sebenarnya saya jadi tutor untuk adik-adik PMR di sekolah saya dulu. Program di bawah kelolaan Pusat Kaunseling sekolah tersebut untuk 50 orang pelajar PMR terbaik. Kiranya pelajar-pelajar harapan la. Bila sudah ada tawaran macam ini takkan nak tolak sahaja kan? Jadi dengan berbesar hati saya terima walaupun dah tinggal lama zaman PMR. Seorang tutor = 10 orang pelajar. Jadi ada 5 orang tutor semuanya. 3 lelaki dan 2 perempuan.4 orang tutor yang lain senior saya dulu. Semuanya dah tamat pengajian dan menunggu tawaran pekerjaan. Tutor pertama, Kak Ayu, 24 tahun, pelajar USM dalam bidang Pendidikan Pengajian Melayu. Kak Ayu ni “team” forum sekali dengan saya dulu. Agak rapat juga la dengan dia. Tambah-tambah ‘time’ nak dekat pertandingan, 24jam berkepit dengan dia. Tutor kedua,Sobri, 23 tahun, pelajar ekonomi UUM.Sobri ni saya kenal masa ‘team’ nasyid dulu. Masa tu sekolah ada 2 ‘team’ nasyid (satu ‘team’ lelaki dan satu ‘team’ perempuan).Sobri ni pakar main alat muzik. Dia la yang ajar ‘kami-kami’ main alat-alat muzik tu. Sabar betul orangnya. Tutor ketiga, Fauzan, 24 tahun, pelajar UPM tapi tak tau dia ambil jurusan apa. Fauzan ni satu ‘team’ dengan saya masa kursus pengawas dulu. Masa tu Fauzan pegang jawatan Ketua Pengawas. Jadi agak bangga la kan masa tu satu ‘team’ ngan dia (poyo ja!~he..). Tutor yang keempat ni pelik sikit sebab saya tak kenal dia dan tak pernah tahu dia senior sekolah saya (boleh macam tu?). Bukan apa beza umur kami jauh sangat. Azlan, 27 tahun, pelajar UPSI dalam jurusan Kaunseling. Saya tak tahu macam mana dalam 4 orang tutor yang ada, Azlan paling rapat dengan saya. Mungkin sebab “group” kitorang dekat tempat yang sama (cafeteria).Azlan ni hebat orangnya. Tak percaya? Jom ikuti perbualan-perbualan kami sepanjang 3 minggu kami jadi tutor ni.haha..jeng…jeng..jeng…! (bajet gempak je kan?he..peace!)

* * *

~MINGGU PERTAMA~

“ Dik, soalan Matematik ni macam mana ya? Akak tak faham jalan kira dia. Boleh tunjukkan tak?” Saya memulakan bicara.


(Masa ni tak kenal lagi Azlan. So, panggil dia adik sebab bajet dia muda dari saya,haha)


“ Oh yang nombor 3(a) ni ek? Aku pun tak tau juga ni. Tengah mencari. Pelik la soalan dia. Cuba kau tanya Ayu.”


“Yeke? Takpela. Terima kasih.” Saya berlalu pergi.


“ Eh, jap…jap! Kau panggil aku apa tadi? Adik ea? Aku dah 27 tahun kot. Kau ni Aidan, semua orang kau redah panggil adik kan.haha kelakar je. By the way, nama aku Azlan. Suka hati la nak panggil Azlan ke Abang Azlan ke! ”


( Huh~ malu sangat ‘time’ tu. Mana la saya nak tau dia 27 tahun. Aduh..! Salah tembak pula,huhu. Tapi pelik la mana dia tau nama saya ek? ~M.U.S.Y.K.I.L~ perlu disiasat!)


* * *

“ Aidan, kau tolong tengok “students” aku jap eh, aku nak balik rumah, bawa adik aku pergi klinik jap. Mak cakap demam dia makin panas pula. Risau. Tolong jap ya! InsyaALLAH 30 minit lagi aku datang balik.”


“Okey bos,takde hal..insyaALLAH boleh saja. Hati-hati.”


( Masa ni agak kagum la dengan Azlan. Sangat bertanggungjawab. Abang mithali ni. )


* * *


~MINGGU KEDUA~


:: Minggu kedua ni banyak aktiviti sikit. Adik-adik belajar pun santai-santai. 2.30-4.30ptg belajar. 4.30-6.00ptg solat asar & riadah. Part riadah tu best. Main sofbol kot (kat padang).. Likes! Lama dah tinggal zaman sofbol. Masa form 3 lagi. Masa form 4 & form 5 aktif bola tampar. Masa form 6 aktif tenis. Hmm..kenangan lalu~! Untuk pelajar-pelajar lelaki , diorang main futsal (kat belakang dewan). Ada satu hari tu, saya tak tau la nak cakap suratan ke kebetulan ke, saya dengan Azlan datang awal. Pukul 10 pg masing-masing dah terpacak kat bilik kaunseling. Saya sengaja datang awal sebab nak tolong Pn.Ina (kaunselor sekolah tu).Tapi Azlan ni saja-saja datang awal. Dah kebetulan Azlan datang,dia pun tolong sekali. Jadi cepat la siap kerja. Sementara nak tunggu pukul 2.30ptg kitorang sembang-sembang. Di sini bermulalah kisah…. ::


“ Aidan,asal mula-mula dulu kau panggil aku adik ya?” Azlan memulakan perbualan.


“ Saja. Suka-suki. Hobi.”


“ Mana boleh saja. Mesti ada sebab kan? Kan? Cerita la..”


“Ni yang lemah cakap dengan bakal kaunselor ni. Hmm…memang ada sebab. Tapi macam malu je nak cakap. Biarlah rahsia.hehe..”


“Mengada la kau. Ala cakap la. Kau anggap je aku macam abang-abang kau. Berkongsi kisah. Takda benda la nak dimalukan.”


“Ala.. perlu bagitahu sebab juga la ni? Kau ni kan Lan,saja ja.”


(Masa tu saya diam agak lama la. Nak cerita ke tak? 99 kali fikir (ye ye je).


“Hmm..takpe la Aidan…aku tau orang macam aku tak layak berkongsi cerita dengan orang baik macam kau kan? Aku sedar diri.”


“ Baik? Erk..! apakah? Kau lagi baik dari saya. Saya yang tak layak berkongsi cerita dengan kau. Kalau cerita pun cerita kosong ja. Cerita kampung-kampung.”


“ Merendah diri sangat kau ni kan? Cerita je la. Aku curious sangat nak tau ni. Tak kisah la cerita kosong ke satu ke dua ke tiga ke..!haha..”


“ Erm…sebab nak jaga hati kot. Dulu masa sekolah saya banyak kawan. Lelaki dengan perempuan sama banyak. Semua-semua tu saya kenal melalui program. Bila berprogram ni biasa la kan, tak lari dari masalah hati. Tersuka orang tu tersuka orang ni. Banyak juga kawan-kawan perempuan yang datang cerita masalah hati diorang dan banyak juga yang bercinta hasil berprogram ni. Ada sorang tu siap angau lagi. Belajar pun entah ke mana. Terjerat dengan cinta. Sebab tu saya cuba elakkan benda-benda tu. Cara terbaik yang saya jumpa – men’tua’kan diri sendiri. Kalau untuk kawan-kawan lelaki,saya suka bahasakan diri saya kakak dan panggil diorang adik. Jiwa saya terdidik. Saya akan anggap diorang tu macam adik saya. Takdela nak “rasa” pelik-pelik kan? Lagipun bila saya bahasakan diri saya kakak , saya belajar untuk jadi ‘matang’. Kakak mesti la matang daripada adik kan? Bila saya jadi kakak , saya bersedia untuk mendengar cerita/masalah adik-adik. Itu jalan terbaik yang saya jumpa.Sorry ya terpanggil kau adik. Tak bajet pun kau umur 27 tahun. Nampak muda kot. Sempoi je kau ni..hehe”


“Wow! Kagum. Sebab tu la kau panggil aku adik ya? Tapi beza umur kita jauh sangat. Tak sesuai kot aku nak panggil kau kakak. Kita jadi kawan eh? Takyah la nak kakak-kakak. Adik aku yang no. 2 dengan 3 pun tua dari kau. Haha.”


“Kawan pun boleh. Tak kisah. Semua orang pun saya anggap kawan.Cuma saja suka-suki panggil adik. Kau mesti ada benda nak ‘share’ kan? Kata kawan. Share la..!”


“Aku jarang cerita masalah aku kat orang. Lelaki kan, biasa la. Tapi aku tak tau la rasa senang nak kongsi dengan kau hari ni. Sebab aku rasa kau baik kot. Haha..Kalau aku cerita panjang sikit la tapi. Sanggup ke?”


“Asal suka sangat cakap saya baik ya? Kita sama saja. Entah-entah kau jauh lebih baik dari saya. Tolong perbetulkan ‘statement’ tu ya!”


“Hai, puji pun marah? Okey, aku tak cakap lagi. Betul la tu, semua orang ‘sedang’ berusaha nak jadi baik. Hakikatnya belum betul-betul baik. Kita hamba yang sedang bermujahadah kan?”


(Macam kenal je ayat yang Azlan cakap? ~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~. Dia pun suka kata-kata tu? Suratan ke kebetulan ni ek? Sebab saya pun selalu guna kata-kata tu!)


“Betul. Setuju. Kita sama-sama sedang bemujahadah. Semoga mujahadah kita mujahadah yang berpanjangan sampai ‘hari akhir’. InsyaALLAH. Eh, kau cakap nak cerita apa tadi? Cerita la..”


“Begini kisahnya..Pada suatu hari..hahaha poyo je kan? Kisah hidup aku. Ni bukan nak raih simpati ya. Sekadar berkongsi pengalaman hidup. Aku ni anak sulung. Ada enam adik lagi kat bawah. 25,24,17,16,8 dengan 4 tahun. Masa aku Habis STPM dulu, aku dapat tawaran masuk UKM jurusan Sejarah. Tapi waktu tu ekonomi keluarga aku tak berapa stabil. Ayah aku masa tu asyik tukar-tukar kerja. Ayah aku baran orangnya,tak boleh silap sikit,semua orang dia nak marah. Mak aku pula kena buatan orang masa tu. Sakit teruk. Orang dengki.Tapi sampai hari ni kami tak tau sebabnya.Kebetulan waktu tu, adik aku si Angah(lepas SPM) dapat tawaran sambung belajar. Duit nak pakai banyak.Aku berkorban untuk dia. Aku tolak tawaran UKM tu sebab nak kerja. Aku kerja dekat stesyen minyak. Gaji boleh tahan. Cukup la nak tampung adik-adik belajar. Aku ingat nak kerja setahun ja. Umur 21 aku target nak sambung belajar. Tup..tup.. lepas si Alang SPM(adik no 3),dia pula dapat tawaran belajar. Berkorban lagi. Takpela, aku target umur 22 nak sambung belajar. Sekali lepas Angah habis“foundation study”, dia dapat tawaran belajar kat Macquarie University, Sydney.TESL. Cita-cita dia. Aku tak sampai hati nak cakap tak boleh. Walaupun dapat bantuan Kementerian Pendidikan tapi aku still kena tampung perbelanjaan dia sikit-sikit. Masa umur 22 tu memang aku kerja sungguh-sungguh la,takda cuti langsung. Hari raya pun aku kerja. Siap OT lagi. Memang niat nak kumpul duit nak sambung study.Sekali tahun depan tu Alang dapat Al-Azhar pula. Undang-undang Syariah. Cita-cita dia. Dulu waktu Angah, aku bagi pergi,takkan time dia aku nak cakap tak boleh kan? Berkorban lagi. Umur dah 23 masa tu. Aku nekad nak sambung study juga. Apa pun masalah aku tak kira. Duit tak da ke apa ke, redah je.Tawakal. Sebab aku fikir masa depan aku juga. Takkan sampai tua nak kerja kedai minyak tu kan. So, apply la UPU dengan result STPM tu. Alhamdulillah,rezeki dapat UPSI. Kaunseling tu….Kau ade?haha(nada berlagak+poyo). Dalam tempoh aku belajar tu Alhamdulillah, masalah kurang sikit. Aku pun ada PTPTN + duit gaji yang aku simpan dulu-dulu. Sampai lah aku dah habis belajar sekarang. Dah habis belajar ni dugaan datang balik. Angah dah kerja cikgu sekarang. Kat Tawau. Dua tahun dah.Ingat nak kurang beban. Tup-tup dia nak kahwin pula. Dengan orang Sabah. Banyak belanja nak pakai. Aku lagi yang kena jadi tukang ‘cop duit’. Raya Cina tahun depan dia nak kahwin. Sempat la aku cari duit sikit-sikit nak tampung. Tahun depan InsyaAllah Alang habis study. Tapi aku risau juga. Takut nanti dia pun nak kahwin juga. Parah aku. Aku harap dapat jadi kaunselor cepat-cepat. At least, kalau Alang cakap nak kahwin nanti, aku dah kerja kerajaan. Boleh buat pinjaman untuk dia. Sekarang ni aku still kerja kat kedai minyak tu. Aku kerja pagi + malam. Petang jadi tutor kat sini. Ok la tu kan. Tahun depan adik aku yang nombor 4 habis SPM. Kalau dapat tawaran mana-mana, mesti nak guna duit lagi. Tahun depan satu lagi yang nombor lima habis SPM. Duit lagi. Alhamdulillah yang nombor 6 dengan 7 kecil lagi. Kalau tak? Pengsan aku. Sekarang ni otak aku serabut sangat. Dengan penat kerja+ fikir adik-adik + fikir masalah keluarga + fikir masa depan sendiri. Huh~ serabut kuasa sepuluh Aidan. Serabut lagi daripada belajar add math.Kadang-kadang aku rasa macam nak lari jauh-jauh. Tertekan. Tapi dah tangunggjawab. Aku rasa nak menangis tapi tak keluar air mata. Aku nak cerita kat kawan-kawan tapi takut bebankan diorang. Aku simpan sendiri-sendiri.Tapi hari ni aku dah tak boleh tahan. Terpaksa aku cerita kat kau. Maaf ya Aidan jadi mangsa aku hari ni..!”


( Masa Azlan cerita tu, sedih sangat. Saya menangis. Mana taknya, Azlan pun menangis. Lelaki menangis depan kita. Susah nak jumpa wooo.. Kagum habis la dengan Azlan masa tu. PENGORBANAN KUASA DUA PULUH. Hebat tak Azlan? Cuba focus kat adik dia si angah tu? Further study kat Macquarie University tu…~A.U.S.T.R.A.L.I.A~ kebetulan tersama dengan impian saya..huhu =D)


“ Subhanallah. Besar pegorbanan kau Azlan. Kau kena kuat semangat. Jangan berhenti sekerat jalan. Alang-alang kau dah bekorban tu biar habis-habisan. Kalau kau tak kuat, adik-adik kau yang lain nanti macam mana. Serabut + tertekan + penat tu lumrah. Semua orang rasa benda yang sama. Semua orang berdepan dengan benda tu. Bezanya cara orang tu berhadapan dengan masalah. InsyaAllah kau boleh. Banyak mengadu + berdoa pada ALLAH. Kita milik dia. Apa-apa sahaja masalah kita kembalikan pada-Nya. Dia sebaik-baik pemberi jalan penyelesaian. Saya rasa benda ni ada hikmah besar. Kau tak rasa macam tu ke Azlan?”


“ Terima kasih Aidan. Tu la, kadang-kadang bila aku rasa tak kuat ,Allah tempat aku bergantung harap. Jarang aku berkongsi dengan manusia. Kecuali kalau aku betul-betul tak kuat sangat. Sebelum aku buat kerja gila, nak terjun bangunan ke, gantung diri ke , aku akan jumpa ustaz aku. Satu-satunya orang yang aku paling percaya. Hikmah dia banyak sangat. Hikmah yang paling ketara, Allah tangguhkan pelajaran aku sebab Allah nak bagi jurusan Kaunseling ni kat aku. Belajar kaunseling banyak bagi motivasi kat aku dan banyak benda yang aku belajar aku apply dalam hidup aku. Kalau aku ambil jurusan sejarah kat UKM tu aku tak tau la kat mana aku sekarang. Alhamdulillah. Nikmat sebuah pengorbanan.”


* * *

MINGGU KETIGA


( Minggu terakhir. Banyak betul suratan atau kebetulannya…)


“ Azlan, kau pernah bercinta tak?”


“ Alhamdulillah. Tak. Entahla, rasa tak berminat. Sebab banyak fikirkan keluarga dengan masa depan kot. Aku hairan budak zaman sekarang. Form 3 pun sibuk-sibuk nak bercinta. Macam esok je nak kahwin. Padahal 10 20 tahun lagi pun belum tentu kahwin. Kalau la diorang focus belajar sekarang, takde la susah masa depan. Ni tak, becinta je lebih. Kau tengok tak rekod pelajar “berzina” sekolah ni? Naik 14% kot. Tak pernah yang turun. Kalau ‘pregnant’ tu nanti macam mana? Musnah masa depan.”


“Hari tu Pn Ina ada bagitau. 14% banyak tu. Risau dengan adik-adik sekarang.Eh Azlan, macam mana kau jaga hati ya? 27 tahun kau jaga hati. Lama. Takkan takde yang ‘terberkenan’ kot?”


“Haha. Kelakar kau kan. Nak tau rahsia aku ya? Tersuka tu aku tak nafi la. Memang ada. Aku bukannya robot. Aku tersuka kat seorang kakak ni. Tua tiga tahun dari aku. Masa tu ada program. Aku satu kumpulan dengan kakak ni. Entah macam mana aku rasa serasi sangat dengan dia. Dia baik orangnya. Tak sosial sangat. Berkenan aku. Masa tu aku nak bagitahu dia. Tapi aku takut menganggu ‘hati’ dia. Sayang la kan orang baik macam tu tiba-tiba ternoda dengan cinta lelaki kan.Cewah..! Jadi aku biar je la dulu. Aku nekad 5 tahun lagi kalau dia single aku nak melamar dia. Nak pendam je dulu. Diam-diam. Kononya nak bagi dia terharu la kan.5 tahun memendam rasa.Angan-angan. Masa tu umur aku 25. Kakak tu dah 28. Orang perempuan mesti la nak kahwin cepat kan. Tup..tup dia tagged kad kahwin dia dalam facebook aku. Melepas lah sudah. Kecewa je. Dah takde jodoh kan. Sekarang ni aku dah naik taraf tempoh membujang. Aku tambah jadi 8 tahun. Targetnya umur 33. Kalau kau single aku pergi melamar kau eh?haha..gurau je.. Tapi aku rasa kau akan kahwin dulu. Mesti kau target lagi 3 tahun kan? Melepas lagi.haha..gurau-gurau! Aku nak lepaskan adik-adik aku dulu. Kau pun mesti tak pernah nak cintan-cintun kan? Macam mana kau jaga hati ya?”


( Ni suratan ke kebetulan ye? Ayat-ayat dia mengingatkan saya pada seseorang. Sahabat saya. Cuba tengok ayat dia…”tersuka tu memang ada.Aku bukannya robot”. Macam ayat U**N je? Lagi satu cara dia target nak kahwin tu pun macam U**N je? Kebetulan mungkin. Macam mana dia boleh agak yang saya nak kahwin 3 tahun lagi dan tak pernah bercinta ya? ~S.C.A.R.Y~ Suratan ke kebetulan?)

“ Alhamdulillah. Tak jugak. Jaga hati ea? Erm.. Macam saya cakap hari tu la, anggap je macam adik. Perasaan tu akan hilang. Tersuka tu ada tapi sekadar suka je la. Lama-lama hilang perasaan tu. Kau nak tau tak Lan,saya suka tengok bulan. Sambil tengok bulan tu saya doa minta Allah pelihara ‘tulang rusuk’ saya baik-baik.Saya bukannya orang yang baik. Jadi saya tak layak mengharapkan yang terbaik. Saya minta kesilapan yang kami buat kami perbaiki hari demi hari sampai kami ditemukan dan sampai bila-bila. Kadang-kadang saya rasa rindu kat seseorang tapi saya tak tau siapa. Jadi saya tengok bulan sebab saya rasa orang yang saya rindu tu pun tengok bulan yang sama. Siap cakap-cakap lagi dengan bulan tu,haha kelakar je kan. Kau jangan tiru tau! Mengarut je semua tu.he..”


“ Sweet je cerita kau. ASHITERU!”


( Ni satu lagi suratan ke kebetulan ke tak tau la? Bukan U**N post lagu tajuk ASHITERU ke dalam blog? ~A.J.A.I.B~ tetibe terdetik U**N dengan Azlan ni kenal ke? Hmm…)


~Malam Khamis dengan malam Jumaat adik-adik saya tidur rumah saya. Sempat la kitorang main dam ular pukul 3 pagi. Kelakar je rasa bila ingat balik. Dan sempat la juga adik-adik tu hacked fb saya. Huh~ Geram seketika. Kalau handphone benda yang paling merisaukan saya waktu tersalah hantar mesej. Mesej manja-manja ke mengada-ngada ke yang nak dihantar kat kawan perempuan ter’send’ kat kawan laki. Memang cari nahas! Pernah je jadi. Cuak juga la. Kelam-kabut kan. Bila dah ada fb masalah kena hacked pula. Semua pun ada masalah. Hari Sabtu hari penutup. 5 tutor+50 pelajar+ 5 guru (dah mcm buku 555,hehe) kumpul kat sekolah. TADARUS+IFTHAR+TARAWIKH sama-sama. BEST!~


“ Kejap je Aidan kan. Sedih pula. Sedih nak tinggal adik-adik, sedih nak tinggalkan kau..eh..eh…gurau-gurau! Asal aku rasa macam aku takde no telefon kau ek? Kau tak nak bagi kat aku ke?”


“Tu la kan. Rindu je kat semua nanti. No telefon? Erm..perlu ke? Macam takda kepentingan je nak bagi…Tak yah la kot…Lagipun kita dah takda urusan pape lg kan lepas ni?”


“Memang la takde, tapi mana la tau nanti aku teringat kat kau boleh la aku mesej.”


“Mesej? Tak perlu kot. Kau doa je dari jauh eh!”


“Hmm..aku tau orang macam kau memang takkan bagi. Nah ni no aku. Kalau ada apa-apa nanti contact no ni ya.”


* * *

TAMAT

p/s

  1. Hebat tak Azlan? Sempoi je orangnya.Sangat bertanggungjawab. Pengorbanan dia besar! Beruntung mak dia dapat anak macam tu. Beruntung juga isteri dia nanti. Semoga jodoh Azlan pun jodoh yang baik. InsyaALLAH.
  2. Setelah disiasat rupa-rupanya Pn. Ina yang cerita tentang saya pada Azlan. Padan la dia tahu semua benda..
  3. Sebenarnya banyak lagi kebetulan. Tak tertulis kat sini. =) Kebetulan nama bapa kitorang pun sama.Hmm…
  4. Selepas seminggu ‘berpisah’ saya tak ingat mana saya letak no telefon dia.. isk..isk..teruk betul..!
  5. Yang part bulan tu korang jangan tiru ya. Mengarut je tu!Haha..
  6. Jom kita layan lagu SURATAN atau KEBETULAN. Search dekat Mak Cik You Tube ya! Hehe…Zassssss….~!

~ a.i.d.a.n ~

Wednesday 3 August 2011

... A.I.S.H.I.T.E.R.U...





Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat kuharus bersabar dan terus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus
Menunggu sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana



Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus
Bertahan saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Reff:
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru

Brige:
Saat kusendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah jalani
Kenyataan hidup ini tanpa ghairah
Ou... o...
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimi ga tooku ni itemo
Kino omoi ga tsunagaru kara
Shinjiteru yo, shinjiteru yo

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasa kan a... a... ku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetian ini
Pada ketulusan ai... ai... Aishiteru



p/s: for the sake of updates, saje letak video ni, udin is away for quite a while, so sekarang baru ada masa. sorry aidan :")

Friday 15 July 2011

ADOII…! KENA KRITIK LAGI =)

(Hari ni nak tulis santai-santai je la yek! Bahasa rojak. Bahasa orang muda. So,layankan jer…zaasss---!!!!)

Ada baca tak entri before ni (AKHIRNYA DIRI INI TERSEDAR) ? tu idea myfwen senanye. Hari tu ade tanye pendapat die agak2 sy nie layak tak nak tulis novel jiwang2? Novel ala2 dlm hati ada tmn gitu..so die cdgkan supaya sy buat satu penulisan ala2 puisi ke sajak ke pasal kekasih gelap. Mcm kite suke seseorg tp dlm senyap. Adeh~ mula2 dgr cdngan tu mcm ssh je nk buat sbb kene imagine benda yg tak penah jd. Die siap cbr lg, kalo btl kau anak perempuan,kau mesti leh buat!!! Ceeiitttt..ye ye je die ni kan.(hbs tu kalo takleh buat mknanya sy lelaki la ye?kui3) kelakor je kwn sy ni..so sy pun dengan banggenye dan besar hatinye buat la sajak ala2 kek separuh masak tuh. Pastu tunjuk la kat kwn KESAYANGAN sy tue. Nak tau apa komen die…??bace kat bawah..

“kalo ceni la cara kau nak menulis novel ala-ala jiwang kau tu, rasenye sebuah je kot yg laku. Kau nak tau sape org yg nk beli novel tu? Aku la. Sebab kenangkan kau kwn aku. Haha. Tak menusuk kalbu langsung. Macam hampas je. Rasenye hampas tebu lg sedap kot dr tulisan kau ni.Takde hati aku bace.Nak tulis novel ni imaginasi kene tinggi. Kene bayangkan bende di luar kotak fikiran. Puisi2 cinta ni kene la bunga2 cket. Ni bunga pun takde. Cane nak ada taman..huh~”

Perghhhh…ayat die! Mantap kan? Boleh pula samakan penulisan sy mcm hampas tebu..adeh~! Agak2 kalo bg die jd pengkritik Akademi Fantasia mesti kene gam kan?haha kalo ikut hati nak je rendam mulut die dgn cili. Buat jeruk.kui3 pastu mkn dgn char koew teow.sedap gak tuh. Tapi caranya memang gitu. Pedas+padat. So,terima je kritikan die (mampu senyum je ms tu,peace!).

Baru2 ni g umah abg. Sy tnjuk sajak tu,tp tak bgtau penulisnye.Minta dia komen .Nak tau apa pula komen abg KESAYANGAN sy ?? Baca kt bwh ni.

“Sape la yg tulis ni. Takde seni langsung. Kalo post kt fb ni, buat kene kutuk je.”(abg komen sambil senyum2.Mesti dia tau sy yg tulis. Saje je abg ni kan..eeeeee!!!!)

Aigoo…kene komen lagi..hampeh jer~~ bleh plak ckp takde seni? Sy bukan buat ukiran kayu nak seni2..tu sajak la abg syg oii…Abg mmg gitu.Sabor je la..Pastu g umah kakak. Tanya pendapat abg ipar. Abg ipar sy ni mcm baik2 cket. Die tak pernah mengecewakan sy. Sy SAYANG abg ipar sy.huhu!Nak tau komen die??

“Wow..besh2! kalo letak kat fb 99 kali abg long like! Menarik.”

Masa tu hati dah bunga2. Rasa mcm nak beli bunga ros merah sejambak bg kat abg long.ekekeke=) tp hati berbunga kejap je,pastu bunga layu balik..tup2 die sambung lagi…

"…tapi…letak kt fb abg long je la,sbb abg long je yg nak like..kalo fb org len mesti kene remove..hahaha”(huh~ gilerrr jahat abg ipar sy skrg.Tarik balik la pktaan syg kt ats tuh..)

Adoii…kene kritik lagi..tp bgs jugak kene kritik.at least kite cuba utk improve.Menulis bkn utk diri sniri.Menulis utk org lain jgk.Kalo bleh biarlah cantik bahasanya.Kalo ada manfaat lg bgs. SAHAM AKHIRAT juga tuh!





Nota1 : Tetibe tringat dekat udin. Sal projek buku kite tuh?? Ingat tak?? Ptg ni nak g kedai buku jap. Nak survey beberapa buku. Pape pkembangan nnti akan di’inform’ semula yek!

Nota 2: Bile bc balik entri kali ni…huh~ sangat rojak bahasanye..sory mory =)

Nota 3: Hari ni dah 15 syaaban. Maknenye dah nak puasa. Semoga persediaan kerohanian tu dah bermula la ye! … SELAMAT BERPUASA…


Monday 4 July 2011

...Akhirnya Diri Ini Tersedar...

Susah betul hati ini ingin jatuh cinta.

Apatah lagi dengan segala kekurangan yang ada, dirasakan diri ini tidak layak untuk memiliki cinta.

Tapi entah kenapa, akhir-akhir ini terasa hati ini telah dipanah asmara.

Pada seseorang yang dikenali. Sebelum ini, tidak pernah terfikirkan untuk jatuh cinta padanya.

Rasa biasa.

Seolah-olah seperti saudara sendiri.

Tapi caranya, kematangannya, susunan bicaranya sangat membuatkan hati terpesona.

Perwatakannya biasa-biasa.

Bukanlah golongan huffaz yang tawadhu’ menghafal ayat-ayat Allah.

Bukan juga golongan agama yang sentiasa berada di tikar sejadah.

Tetapi bait-bait katanya cukup membuatkan diri ini merasakan dirinya ‘sedang’ kembali kepada Rabb-nya.

Sedang bermujahadah mencari Nur Allah.

Itu sudah cukup membuatkan diri ini yakin pada agamanya.

Tidak dipandang rupanya (walaupun dia seorang yang punya ‘rupa’), tidak juga pada hartanya , apatah lagi pada keturunannya.

Tapi cukup dengan agamanya serta kerendahan hati yang ada padanya.

Subhanallah.

Pada diri insan yang biasa-biasa itu rupa-rupanya dia sangat luarbiasa.

Sangat terpesona dengannya.

Sudah beberapa kali ingin berbicara hal yang sebenar.

Namun, setiap kali cuba untuk meluahkan pasti tidak kesampaian.

Tidak cukup kekuatan.

Maka dipengakhirannya, diri ini memilih untuk mendiamkan sahaja.

Cuba melupakan buat seketika.

Ingin menjaga hati dan cinta.

Alang-alang 20+ tahun dipelihara cinta ini, biarlah diberikan kepada yang selayaknya.

Lagi pula tempoh masa itu tidak lama.

Tiga tahun.

Bila sampai waktunya nanti akan diluahkan juga.

Kalau sudah jodoh tidak ke mana.

Jika benar dialah jodoh yang ditetapkan Allah, pasti penantian selepas tiga tahun itu menjadi detik terindah.

Tetapi hati ini tidak mengharap.

Kerana dia insan sempurna dan luarbiasa.

Pasti pasangannya juga sempurna dan luarbiasa.

Sedangkan diri ini tidak punya apa-apa.

Ukur baju di badan sendiri.

Allahuakbar.

Akhirnya diri ini tersedar.

Saturday 25 June 2011

...Menulis...

Sudah lama memikirkan untuk berkecimpung dalam bidang penulisan.

Hari ini, masih dalam perancangan untuk menceburi bidang ini.

Permulaanya terasa amat sukar.

Bukan mudah untuk berada dalam bidang ini.

Susunan kata yang diguna perlu bijak dan menuntut kematangan si penulis dalam berbahasa.

Hakikatnya untuk menjadi penulis perlu banyakkan membaca.

Usaha membaca diperlukan dua kali ganda berbanding menulis.

Ilmu perlu luas.

Bahasa perlu mudah.

Baku.

Bukan syok-syok sendiri.

Cabaran baru buat saya.

Cabaran juga buat dia.

Semoga dipermudahkan urusan kami. =)