Pages

Friday 15 July 2011

ADOII…! KENA KRITIK LAGI =)

(Hari ni nak tulis santai-santai je la yek! Bahasa rojak. Bahasa orang muda. So,layankan jer…zaasss---!!!!)

Ada baca tak entri before ni (AKHIRNYA DIRI INI TERSEDAR) ? tu idea myfwen senanye. Hari tu ade tanye pendapat die agak2 sy nie layak tak nak tulis novel jiwang2? Novel ala2 dlm hati ada tmn gitu..so die cdgkan supaya sy buat satu penulisan ala2 puisi ke sajak ke pasal kekasih gelap. Mcm kite suke seseorg tp dlm senyap. Adeh~ mula2 dgr cdngan tu mcm ssh je nk buat sbb kene imagine benda yg tak penah jd. Die siap cbr lg, kalo btl kau anak perempuan,kau mesti leh buat!!! Ceeiitttt..ye ye je die ni kan.(hbs tu kalo takleh buat mknanya sy lelaki la ye?kui3) kelakor je kwn sy ni..so sy pun dengan banggenye dan besar hatinye buat la sajak ala2 kek separuh masak tuh. Pastu tunjuk la kat kwn KESAYANGAN sy tue. Nak tau apa komen die…??bace kat bawah..

“kalo ceni la cara kau nak menulis novel ala-ala jiwang kau tu, rasenye sebuah je kot yg laku. Kau nak tau sape org yg nk beli novel tu? Aku la. Sebab kenangkan kau kwn aku. Haha. Tak menusuk kalbu langsung. Macam hampas je. Rasenye hampas tebu lg sedap kot dr tulisan kau ni.Takde hati aku bace.Nak tulis novel ni imaginasi kene tinggi. Kene bayangkan bende di luar kotak fikiran. Puisi2 cinta ni kene la bunga2 cket. Ni bunga pun takde. Cane nak ada taman..huh~”

Perghhhh…ayat die! Mantap kan? Boleh pula samakan penulisan sy mcm hampas tebu..adeh~! Agak2 kalo bg die jd pengkritik Akademi Fantasia mesti kene gam kan?haha kalo ikut hati nak je rendam mulut die dgn cili. Buat jeruk.kui3 pastu mkn dgn char koew teow.sedap gak tuh. Tapi caranya memang gitu. Pedas+padat. So,terima je kritikan die (mampu senyum je ms tu,peace!).

Baru2 ni g umah abg. Sy tnjuk sajak tu,tp tak bgtau penulisnye.Minta dia komen .Nak tau apa pula komen abg KESAYANGAN sy ?? Baca kt bwh ni.

“Sape la yg tulis ni. Takde seni langsung. Kalo post kt fb ni, buat kene kutuk je.”(abg komen sambil senyum2.Mesti dia tau sy yg tulis. Saje je abg ni kan..eeeeee!!!!)

Aigoo…kene komen lagi..hampeh jer~~ bleh plak ckp takde seni? Sy bukan buat ukiran kayu nak seni2..tu sajak la abg syg oii…Abg mmg gitu.Sabor je la..Pastu g umah kakak. Tanya pendapat abg ipar. Abg ipar sy ni mcm baik2 cket. Die tak pernah mengecewakan sy. Sy SAYANG abg ipar sy.huhu!Nak tau komen die??

“Wow..besh2! kalo letak kat fb 99 kali abg long like! Menarik.”

Masa tu hati dah bunga2. Rasa mcm nak beli bunga ros merah sejambak bg kat abg long.ekekeke=) tp hati berbunga kejap je,pastu bunga layu balik..tup2 die sambung lagi…

"…tapi…letak kt fb abg long je la,sbb abg long je yg nak like..kalo fb org len mesti kene remove..hahaha”(huh~ gilerrr jahat abg ipar sy skrg.Tarik balik la pktaan syg kt ats tuh..)

Adoii…kene kritik lagi..tp bgs jugak kene kritik.at least kite cuba utk improve.Menulis bkn utk diri sniri.Menulis utk org lain jgk.Kalo bleh biarlah cantik bahasanya.Kalo ada manfaat lg bgs. SAHAM AKHIRAT juga tuh!





Nota1 : Tetibe tringat dekat udin. Sal projek buku kite tuh?? Ingat tak?? Ptg ni nak g kedai buku jap. Nak survey beberapa buku. Pape pkembangan nnti akan di’inform’ semula yek!

Nota 2: Bile bc balik entri kali ni…huh~ sangat rojak bahasanye..sory mory =)

Nota 3: Hari ni dah 15 syaaban. Maknenye dah nak puasa. Semoga persediaan kerohanian tu dah bermula la ye! … SELAMAT BERPUASA…


Monday 4 July 2011

...Akhirnya Diri Ini Tersedar...

Susah betul hati ini ingin jatuh cinta.

Apatah lagi dengan segala kekurangan yang ada, dirasakan diri ini tidak layak untuk memiliki cinta.

Tapi entah kenapa, akhir-akhir ini terasa hati ini telah dipanah asmara.

Pada seseorang yang dikenali. Sebelum ini, tidak pernah terfikirkan untuk jatuh cinta padanya.

Rasa biasa.

Seolah-olah seperti saudara sendiri.

Tapi caranya, kematangannya, susunan bicaranya sangat membuatkan hati terpesona.

Perwatakannya biasa-biasa.

Bukanlah golongan huffaz yang tawadhu’ menghafal ayat-ayat Allah.

Bukan juga golongan agama yang sentiasa berada di tikar sejadah.

Tetapi bait-bait katanya cukup membuatkan diri ini merasakan dirinya ‘sedang’ kembali kepada Rabb-nya.

Sedang bermujahadah mencari Nur Allah.

Itu sudah cukup membuatkan diri ini yakin pada agamanya.

Tidak dipandang rupanya (walaupun dia seorang yang punya ‘rupa’), tidak juga pada hartanya , apatah lagi pada keturunannya.

Tapi cukup dengan agamanya serta kerendahan hati yang ada padanya.

Subhanallah.

Pada diri insan yang biasa-biasa itu rupa-rupanya dia sangat luarbiasa.

Sangat terpesona dengannya.

Sudah beberapa kali ingin berbicara hal yang sebenar.

Namun, setiap kali cuba untuk meluahkan pasti tidak kesampaian.

Tidak cukup kekuatan.

Maka dipengakhirannya, diri ini memilih untuk mendiamkan sahaja.

Cuba melupakan buat seketika.

Ingin menjaga hati dan cinta.

Alang-alang 20+ tahun dipelihara cinta ini, biarlah diberikan kepada yang selayaknya.

Lagi pula tempoh masa itu tidak lama.

Tiga tahun.

Bila sampai waktunya nanti akan diluahkan juga.

Kalau sudah jodoh tidak ke mana.

Jika benar dialah jodoh yang ditetapkan Allah, pasti penantian selepas tiga tahun itu menjadi detik terindah.

Tetapi hati ini tidak mengharap.

Kerana dia insan sempurna dan luarbiasa.

Pasti pasangannya juga sempurna dan luarbiasa.

Sedangkan diri ini tidak punya apa-apa.

Ukur baju di badan sendiri.

Allahuakbar.

Akhirnya diri ini tersedar.