Pages

Saturday 25 June 2011

...Menulis...

Sudah lama memikirkan untuk berkecimpung dalam bidang penulisan.

Hari ini, masih dalam perancangan untuk menceburi bidang ini.

Permulaanya terasa amat sukar.

Bukan mudah untuk berada dalam bidang ini.

Susunan kata yang diguna perlu bijak dan menuntut kematangan si penulis dalam berbahasa.

Hakikatnya untuk menjadi penulis perlu banyakkan membaca.

Usaha membaca diperlukan dua kali ganda berbanding menulis.

Ilmu perlu luas.

Bahasa perlu mudah.

Baku.

Bukan syok-syok sendiri.

Cabaran baru buat saya.

Cabaran juga buat dia.

Semoga dipermudahkan urusan kami. =)

Monday 20 June 2011

...Dua Tahun...

Dua hari lepas, mendapat panggilan telefon daripada seorang sahabat lama. Sahabat sekelas semasa di tingkatan enam. Kekok pula rasanya bersembang dengan seseorang yang sudah lama tidak dihubungi. Apatah lagi berbeza jantina. Walaupun pernah rapat dengannya dulu, tetapi sekarang terasa sangat berbeza.


“ Aidan, apa khabar sekarang? Sihat? Lama tak dengar cerita? Menyepi sahaja sekarang?”


“Alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Cik Aiman sihat? Buat apa sekarang?”


“ Kalau Cik Aidan sihat, Cik Aiman pun sihat juga la,hehe Belajar lagi la Dan. Lagi setahun!”


“ Pelik la, tiba-tiba sahaja telefon ni, kenapa ya? Nak panggil makan kenduri ya? Hehe Wah.,dah besar rupanya Cik Aiman ni! Dah nak kahwin.”


“ Ke situ pula dia ni. Saja telefon. Teringat. Rindu. Tak boleh ke? Nanti pakwe marah ek?”


“ Eh, kau tak tahu ke Man, saya dah kahwin pun. Dah ada anak pun.” Nada serius.


“Yeke?” Terkejut nada suaranya.


Perbualan terhenti seketika.


“Man, kenapa diam tiba-tiba ni? Terkejut ya?”


“Sampai hati kau tak bagitahu. Kecewanya. Okey lah Dan, taknak kacau isteri orang. Assalamualaikum.”


“ Hahahahaha..Lawak la kau ni Man. Saya gurau je pun. Mana ada kahwin lagi. Belajar pun tak habis lagi. Tiga tahun lagi Cik Aiman oi.”


“ Kau memang kan Dan. Suka buat saya macam ni. Dari dulu lagi kan?Hisy..takpe..takpe.. Ada ubi ada batas.”


“Marah nampak? Sejak bila sensitif sangat ni? Haha..Sejak-sejak nak jadi bapa orang ek? Syikin apa cerita sekarang?”


“Entah, kami dah lama putus.”


“ Biar betul. Kenapa boleh jadi macam tu?” Sengaja buat-buat terkejut.Padahal Syikin dah cerita semuanya.


“ Sejak dapat mesej kau dua tahun lepas. Terus kitorang putus. Terima kasih Dan. Cara kau sangat berkesan. Saya menyesal sangat. Kalau la boleh ulang masa lalu.Hmm..” tiba-tiba mood sedih.


( Saat itu saya terdiam seketika. Mengimbau kembali peristiwa dua tahun lepas.)


Aiman masih meneruskan perbualannya.


“ Sejak hari itu saya banyak berubah Dan. Dah tak layan cintan-cintun ni. Hidup saya banyak habiskan kat kuliah, masjid, lepak dengan kawan-kawan. Lelaki ea. Jangan salah faham. Lepak pun bukan lepak yang buang masa tu, tapi lepak cara Islam la. Tenang sangat sekarang Dan. Hmm, tiba-tiba touching pula,hehe sorry Dan. Kau biar betul Dan lagi tiga tahun kat situ? Kenapa lambat sangat?”


“Biasalah, Cik Aidan tidak la sebijak Cik Aiman. Cepat sahaja boleh habiskan Degree.”


“ Eh buat ayat sedih pula dia ni. Takpe lah lagi tiga tahun. Sempat saya kumpul duit,hehe. Kau dengan siapa sekarang ni Dan?”


“ Kau ni merepek je kan. Dengan siapa? Ooo.. nak korek rahsia la ni ya. Pandai anak Pak Cik Mokhtar sekarang, dah bijak cungkil-cungkil rahsia orang. Bagus. Ada peningkatan! Huhu. Alhamdulillah,masih terjaga hati ni Man.Takde dengan siapa-siapa pun”


“ Sejuk hati saya dengar kau cakap macam tu Dan. Hmmm…Kalau la saya boleh jaga hati saya macam kau jaga hati kau Dan. Nikmatnya. Untung suami kau nanti. Kau tak rancang nak kahwin ke Dan?”


“ Pelik la mamat sorang ni. Tiba-tiba cakap sal kahwin. Dah sampai seru nanti saya kahwin la Man. Kenapa? Nak sponsor ke? Hehe..”


“Boleh je. Kau nak saya sponsor apa? Cakap je..Boleh bawa berbincang punya.haha”


“ Serius? Erm.. Baju kahwin tiga pasang, catering, pelamin dengan decoration ala-ala dalam taman. Boleh?”


“ Untuk kau Dan, diri sendiri pun saya sanggup sponsor. Huhu”


“Mengada kau kan Man. Mula nak mengarut dah la tu.”


“ Hehe..Gurau je. Hari tu ada ternampak kau kat KLCC. Nampak sopan je kau pakai macam tu. Bagus la kau kan. Pandai jaga diri. Kalau la…..”


“ KLCC? Tak nampak kau pun Man? Asal tak tegur? Kenapa nak puji-puji sangat ni. Takde duit nak sedekah la Man. Tengah kering sekarang.hehe.. Tak payah la puji-puji sangat. Simpan je pujian tu dalam hati. Saya macam dulu juga. KLCC ke, Kedah ke, Melaka ke, Australia ke, bumi Allah juga saya pijak.”


“ Tak habis-habis dengan Australia dia tu. Nak juga selit negara kesayangan dia. Dan nanti dah sampai seru nak kahwin bagitau saya ek?”


“ Hisy..tak habis-habis dengan kahwin ni kenapa Man? Tau la dah nak habis belajar pun. Rileks sudah.Sejak bila pula Malaysia buat undang-udang kalau orang nak kahwin kena bagitahu kau ni Man? Ce bagi sepuluh sebab!”


“ Sebabnya…sebabnya…erm…sebab saya nak masuk minang kau Dan.haha..Okey la. Ada member datang. Cau lu. Jaga diri. Assalamualaikum.”


“Wa’alaikumussalam.”


Pelik betul mamat ni. Banyak berubah. Tak macam dulu lagi. Alhamdulillah. Tapi..benda yang terakhir Aiman cakap tu macam pelik je. Agak-agak Aiman melawak ke tak ye? Dulu dia ni sangat memilih, nak perempuan yang cantik-cantik, kaya, lemah-lembut. Mungkin tadi dia sekadar nak gurau je kot kan, sebab ketiga-tiga kriteria tu macam takde je pada saya. Kalau betul-betul pun mustahil saya dengan Aiman. Sebab Syikin mengharap sangat kat Aiman. Syikin sahabat baik saya. Tak mungkin saya akan mengkhianati sahabat baik sendiri.


~sangat mengharap Aiman & Syikin. Moga ada jodoh antara mereka~


-aidan-

Friday 17 June 2011

soundbites-blogging

 Sedang berblog hoping dalam alam maya ni, saya terjumpa seorang hamba Allah ni yang mengeluh tentang skill blog dia yang semakin pudar dan blog tak ber update, dia mengeluh tak tahu entry yang macam mana sesuai supaya semua orang baca blog dia.

...Saya Rindu Abang...

Sekejap sungguh masa berlalu. Terasa macam baru semalam kita melewati zaman sekolah.

Pergi sekolah sama-sama. Balik sekolah sama-sama. Ketawa sama-sama.


Tukar cerita sama-sama.Masing-masing ceritakan impian masing-masing.


Abang pernah cakap impian abang.


“Abang teringin hendak dianugerahkan seorang permaisuri hati yang baik,diterima dan disenangi keluarga.”


Impian abang sedikit. Ala kadar. Sekadar memenuhi fitrah manusia biasa.

Tetapi impian saya tinggi melangit. Abang setia mendengar celoteh saya.


“Nanti adik hendak sambung belajar. Bidang kaunseling. Tidak kisah dekat mana pun. Asalkan dapat sambung ijazah. Selepas itu, adik hendak kahwin la. Kerja dalam tiga tahun. Bila ekonomi sudah kukuh sedikit, adik hendak ajak suami sambung Master di Australia. Lulusan Kaunseling Australia memang terbaik la abang. Lepas itu , sama-sama sambung PhD sambil mengembara di bumi Allah ni. Habis sahaja PhD terus balik Malaysia. Adik hendak duduk rumah. Hendak jaga,didik dan besarkan anak-anak sendiri.”


Abang ketawa sahaja dengar impian saya. Impian pra-matang!


“ Belajar tinggi-tinggi, jauh pula tu, alih-alih hendak duduk rumah juga? Lawak la adik ni!”


Ketawa kami berderai serentak. Tapi itu dulu. Saat masing-masing sedang melakar impian. Hari

ini, abang sudah jadi milik orang. Sudah beristeri. Alhamdulillah seperti yang abang idamkan.


Impian abang tercapai. Tetapi saya masih di sini. Meneruskan perjalanan kehidupan. Tiada satu

lagi pun impian saya terlaksana. Walaupun hakikatnya saya sedang melanjutkan pelajaran di

peringkat sarjana, tetapi bukan dalam bidang yang saya inginkan. Impian saya yang seterusnya

masih kabur. Tapi apapun juga yang terjadi saya akan terima. Saya akan terus berdoa.Jika dulu

abang yang tolong kesatkan air mata saya saat harapan tidak kesampaian. Tapi hari ini tidak

lagi. Abang perlu menjadi penguat semangat untuk isteri tercinta. Sejujurnya saya rindu saat

kita sama-sama membina impian dahulu. Rindu yang teramat sangat. ALLAH~~ Semoga abang

berbahagia bersama permaisuri hati abang. Bahagia hingga ke syurga.


SAYA RINDU ABANG! =(



-aidan-