Pages

Friday 17 June 2011

...Saya Rindu Abang...

Sekejap sungguh masa berlalu. Terasa macam baru semalam kita melewati zaman sekolah.

Pergi sekolah sama-sama. Balik sekolah sama-sama. Ketawa sama-sama.


Tukar cerita sama-sama.Masing-masing ceritakan impian masing-masing.


Abang pernah cakap impian abang.


“Abang teringin hendak dianugerahkan seorang permaisuri hati yang baik,diterima dan disenangi keluarga.”


Impian abang sedikit. Ala kadar. Sekadar memenuhi fitrah manusia biasa.

Tetapi impian saya tinggi melangit. Abang setia mendengar celoteh saya.


“Nanti adik hendak sambung belajar. Bidang kaunseling. Tidak kisah dekat mana pun. Asalkan dapat sambung ijazah. Selepas itu, adik hendak kahwin la. Kerja dalam tiga tahun. Bila ekonomi sudah kukuh sedikit, adik hendak ajak suami sambung Master di Australia. Lulusan Kaunseling Australia memang terbaik la abang. Lepas itu , sama-sama sambung PhD sambil mengembara di bumi Allah ni. Habis sahaja PhD terus balik Malaysia. Adik hendak duduk rumah. Hendak jaga,didik dan besarkan anak-anak sendiri.”


Abang ketawa sahaja dengar impian saya. Impian pra-matang!


“ Belajar tinggi-tinggi, jauh pula tu, alih-alih hendak duduk rumah juga? Lawak la adik ni!”


Ketawa kami berderai serentak. Tapi itu dulu. Saat masing-masing sedang melakar impian. Hari

ini, abang sudah jadi milik orang. Sudah beristeri. Alhamdulillah seperti yang abang idamkan.


Impian abang tercapai. Tetapi saya masih di sini. Meneruskan perjalanan kehidupan. Tiada satu

lagi pun impian saya terlaksana. Walaupun hakikatnya saya sedang melanjutkan pelajaran di

peringkat sarjana, tetapi bukan dalam bidang yang saya inginkan. Impian saya yang seterusnya

masih kabur. Tapi apapun juga yang terjadi saya akan terima. Saya akan terus berdoa.Jika dulu

abang yang tolong kesatkan air mata saya saat harapan tidak kesampaian. Tapi hari ini tidak

lagi. Abang perlu menjadi penguat semangat untuk isteri tercinta. Sejujurnya saya rindu saat

kita sama-sama membina impian dahulu. Rindu yang teramat sangat. ALLAH~~ Semoga abang

berbahagia bersama permaisuri hati abang. Bahagia hingga ke syurga.


SAYA RINDU ABANG! =(



-aidan-


No comments: