Pages

Wednesday 15 June 2011

..Saat Perjalanan adalah Pencarian Diri..



..Selagi apa sahaja hidup bersama masa, selagi itu yang hidup itu dewasa bersama usia..Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman, dari zaman kanak-kanak ke bangku sekolah dan zaman remaja.
Dari zaman universiti ke alam kerjaya dan rumahtangga. Belajar tentang hidup dan mengenal diri sendiri, dari usia remaja menganjak ke usia dewasa..

Kita belajar daripada ujian, kita belajar daripada pengalaman, kita belajar menerima ketentuan, kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan. Kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. Kita belajar dari segalanya, yang akhirnya hanya membawa kita kembali kepada Dia..Tidak kira jika jalannya membelok ke selatan mahupun utara sekalipun. Akhirnya, kita ke destinasi yang sama...

Sungguh, saat perjalanan adalah pencarian diri..


-udin-





[Nota 1:] Entah angin apa dan dari mana, novel novel Hlovate yang satu masa dulu pernah ku kritik kawan ku yang begitu 'gila' membacanya, apa yang best sangat tentang novel itu, akhirnya aku sendiri yang pinjam dan habis membaca kesemuanya,Versus, 5Tahun 5bulan, aA+bB, Tunas(in progress)


[Nota 2:] Sejak akhir akhir ini, saya sering terserempak dengan blog blog para bakal doktor. Saya rasa ada persamaan dalam kalangan mereka.Ada suatu yang menarik. Sibuk menelaah pelajaran dalam perubatan. Tapi hasil hasil tulisan juga tak kurang hebatnya setaraf dengan penulis penulis masyhur.kagum. ^_^

7 comments:

aidan said...

serius,cite Hlovate best2! tambah2 lg cite tunas,huh~terbaek wok!!!

brothersayed said...

argh, tapi saya sgt curious dan geram, kenapa si Hlovate tu sangat mysterious.dia tak nak dedahkan pun siapa diri dia sebenar..hmm,

yang setakat saya cari2 dia tu orang perak, perempuan kot? dan study medic kat oversea, maybe aberdeen scotland

tulisan dia seems mcm bukan tulisan novelis yg berbunga2 tapi more to pengalaman die sendiri,thumbs up!

aidan said...

sometimes i feel impressed with the medical students. Very istiqamah menulis. Kagum, kagum! udin jom kita jadi istiqamah macam dorang =)mana la tau kut2 dapat buat novel bersiri macam Hlovate tu. mood: berangan~~

brothersayed said...

haha. tadehal aidan. saye pun ade berangan camtu..tp tula konsep nye dulu, kite ni bukan novel kan? ke novel jugak? kalau novel saya pun boleh nk berangan jugakla ni..kui3 :P

aidan said...

sedang mencari konsep juga sebenarnya ni din. Kabur lagi ni.hu2 Memang betul la, nak mula tu cukup payah. Din ade ke dalam 1 novel 2 penulis?? Mcm pelik je?

brothersayed said...

agakla dan.. lps post komen tu trus trfikir..hehe, belum penah lg novel 2 penulis..sbb slalunya novel kena dari imaginasi or pengalaman orang yg sama dari awal smpai akhir tak leh cilok2 punye..hehe,.mustahil la bole sama apa yg ditulis dr 2 sudut pandang berbeza..haha,

lain la kalau nak wat berasingan tapi sikit demi sikit kumpul kat sini...haha..berangan banyak ni..cerpen dulu ke mule2..isk2, kemana kite ni..huhu :D

aidan said...

isk2..ke mane kite ni?? ~mood: mencari hala tuju~ din,jum2 cari hala tuju..tuju kasut ke tuju orang ke?haha