Pages

Monday 4 July 2011

...Akhirnya Diri Ini Tersedar...

Susah betul hati ini ingin jatuh cinta.

Apatah lagi dengan segala kekurangan yang ada, dirasakan diri ini tidak layak untuk memiliki cinta.

Tapi entah kenapa, akhir-akhir ini terasa hati ini telah dipanah asmara.

Pada seseorang yang dikenali. Sebelum ini, tidak pernah terfikirkan untuk jatuh cinta padanya.

Rasa biasa.

Seolah-olah seperti saudara sendiri.

Tapi caranya, kematangannya, susunan bicaranya sangat membuatkan hati terpesona.

Perwatakannya biasa-biasa.

Bukanlah golongan huffaz yang tawadhu’ menghafal ayat-ayat Allah.

Bukan juga golongan agama yang sentiasa berada di tikar sejadah.

Tetapi bait-bait katanya cukup membuatkan diri ini merasakan dirinya ‘sedang’ kembali kepada Rabb-nya.

Sedang bermujahadah mencari Nur Allah.

Itu sudah cukup membuatkan diri ini yakin pada agamanya.

Tidak dipandang rupanya (walaupun dia seorang yang punya ‘rupa’), tidak juga pada hartanya , apatah lagi pada keturunannya.

Tapi cukup dengan agamanya serta kerendahan hati yang ada padanya.

Subhanallah.

Pada diri insan yang biasa-biasa itu rupa-rupanya dia sangat luarbiasa.

Sangat terpesona dengannya.

Sudah beberapa kali ingin berbicara hal yang sebenar.

Namun, setiap kali cuba untuk meluahkan pasti tidak kesampaian.

Tidak cukup kekuatan.

Maka dipengakhirannya, diri ini memilih untuk mendiamkan sahaja.

Cuba melupakan buat seketika.

Ingin menjaga hati dan cinta.

Alang-alang 20+ tahun dipelihara cinta ini, biarlah diberikan kepada yang selayaknya.

Lagi pula tempoh masa itu tidak lama.

Tiga tahun.

Bila sampai waktunya nanti akan diluahkan juga.

Kalau sudah jodoh tidak ke mana.

Jika benar dialah jodoh yang ditetapkan Allah, pasti penantian selepas tiga tahun itu menjadi detik terindah.

Tetapi hati ini tidak mengharap.

Kerana dia insan sempurna dan luarbiasa.

Pasti pasangannya juga sempurna dan luarbiasa.

Sedangkan diri ini tidak punya apa-apa.

Ukur baju di badan sendiri.

Allahuakbar.

Akhirnya diri ini tersedar.

No comments: